(Source: vashapenin-1d)
sini bukan tempatnya
jangan ikut
jangan cari
pergilah
aku juga mahu sendiri
nanti aku mati
Baru tolong kebumi.
Bukan susah nak pujuk perempuan yang tak jawab call tak reply text. Yang penting kreativiti.
kau datang sekali sekala
dan menyatakan kau cinta
kau masih punya rasa
mahu kita kembali bersamaaku cuma mampu berkata
cinta? puih laaaa
setakat datang berkala
di mana kau letak cintaini cuma monolog hati aku yang paling dalam
aku tak mahu lagi hidup aku digenggam
kau kata aku makin jauh terlepas
memang. aku bosan hidup terus kena caras
“apa kata u cuba baju yang u tak biasa pakai? adalah variasi sikit.”
“contohnya?”
“ini!”
“u buat lawak?”
“tak, serius. i suka lelaki pakai kemeja macam ni.”
“tapi kenapa ada corak batik kat dada tu?”
“ok, lah. kemeja u semua kotak2. tak bosan?”
“tak. i pakai apa yang i nak.”
“cubalah yang ni. sekali je. student tempat i ramai pakai.”
“i bukan student.”
“fine, u orang tua.”
“haha. ok2, serius. i tak boleh terima baju tu. macam indon.”
“………….”
ya, itu perbualan terakhir malam tadi sebelum domo mendiamkan diri hingga kini. aku memang bodoh. lupa kedua ibu bapanya asal indonesia berwarganegara malaysia. bodoh.